Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 6 September 2021

INCOMPLETE ~

Muhammad Aydeen Zikri Bin Mohd Ezuan Haniff ~ our 3rd Zikri's

Currently baby Aydeen still in NICU HUKM for monitoring his sucking progress. Dah 9 hari. As been told by PAED DOC, Aydeen already off oxygen on day 2 and completed his antibiotic on day 4.. but Aydeen still kena tahan due his sukcing progress a bit slow.  Mayb coz Aydeen bb prem and belum cukup 36 weeks. But abgchik pun sama.. cuma tht time mama boleh DF abgchik hari² so abgchik cpt belajar sucking.. abgchik 34 weeks 3 days, abg didam 35 weeks 6 days while bb Aydeen 34 weeks 6 days. All my zikri's keluar awal sbb mama leaking.. 😥 but this time sgt² mencabar sbb mama and ayah tak boleh jumpa langsung dgn Aydeen.. mama cuma dpt dgr suara Aydeen crying time deliver and mama just dpt tgk sekejap time pengecaman jantina.. tu je.. 😭😭😭

~Mental down~

After 9 days mama still cant hold Aydeen, df Aydeen and even hear bb crying.  Ayah pun belum azan kan Aydeen..Mama cuma ada sekeping gambar Aydeen yg nurse curi² amk sbb mama hampir lost after 4 days Aydeen kt NICU.  Mama try to positively but still cant.. mama tak tau camne nak ckp.. 9 hari berpantang tanpa anak kt sisi.. seksa nya xtau nak habaq.. bengkak susu.. rengat berulang even dh mengurut.. nangis xyah ckp.. lg² klo duk sorg² .. i've try to control but still cannot okay.. dun ask me to sabar sabar.. coz word sabar tu dh mcm jd musuh. I'll stressed mengenang Aydeen yg sorg² kt nicu.. tdo sorg² nangis sorg² (even ada nurse..tp nurse pun ada keje kan) malam² mmg mama xleh tdo.. and 3 jam sekali mmg rutin mama pam susu utk ayah hantar pg² kt NICU.. 8 pack/day..

Today Aydeen already 36 weeks.. but mama belum dpt any news frm NICU.. 😞😞😞

Pls pray for my Aydeen cpt² keluar ye.. 

Ahad, 10 Februari 2019

Chicken Mushroom BrownRice Simple in rice cooker by MamaToi

Holaa.. mamatoi kembali.. Kali ni mamatoi nak share resepi yang baru jaa buat sat ni tak lain tak bukan like tajuk kat atas nun "Chicken Mushroom BrowRice in rice cooker" yumm yumm.. bagi hangpa yang gemaq nasi claypot mesti tau kan.. hokay memandangkan Mamatoi xdak claypot so kita masak guna rice cooker la naa.. rugi beli memahai kalau tak gunapakai.. 😋


Since 4 minggu lelas mamatoi start amalkan eatclean kan.  so kita guna brown rice la ye.  tuk takmau kasi penimbang tu bekerja lebih. 

hokay jom kita pi tgk bahan2 dia. 

Bahan-bahan (perap ayam):

*fillet ayam 6-7 keping dipotong dadu
* sos tiram 2 sudu besaq
* kicap manis jalen 1 sudu besaq 
(mamatoi kurangkan sebab eatclean kan tak bleh guna perasa sgt) 
* halia 3-4 cm disagat
* gaul kan semua bahan dan perap dalam 30 min. lagi lama lagi sedap.  holiau. 

Bahan-bahan lain:

* cendawan shitake (7-8 biji) ikut suka ekceli
* halia 5cm dihiris

bahan2nya.  pak choy tu as penambah jek 

Cara-cara memasak:

* basuh brown rice and masak cam biasa. sukatan air pon macam biasa. 

beras dibasuh mcm biasa

sukat dan masak cam biasa

* biarkan nasi masak dalam 15 min tu, periksa rice cooker. sekiranya air dah hampir kering, boleh la masukkan ayam yang diperap dan cendawan ke atas nasi. dan biarkan nasi sambung masak seperti biasa.
(kalau rice cooker mamatoi ni, lagi 15 min nak masak alarm periuk akan berbunyi. so senang nak tau timing dia. hihi)

selepas ayam dan shitake dimasukkan

* bila nasi dah masak, gaulkan semua nasi, ayam dan shitake supaya sebati dan biarkan rice cooker dalam mode "HEAT" utk make sure ayam betul2 masak. 

siap!! Chicken Mushroom Brown Rice by Mamatoi


tadaaa..ni hasil selepas mamatoi g kuis2 mushroom & ayam tu.  sbb paa.  nak tau sukatan nasi tu jaa.  😂😂.. Selamat Mencuba.  


Rabu, 7 November 2018

The Chronology of Hj Din's Family Day @ Tg Bidara Beach Resort [Pt 1]

Assalamualaikum wbt sayang2 semua. Cheq kembali bersiaran setelah berbulan bulan menyepi dari Blog RolyPoly ni kan and kali ni cheq nak guna kata ganti nama cheq as Mamatoi aka MT. he… (dah jd mak kpd 2 org hero kan so kena la bahsa kan diri as mak2). 

Ok berbalik pada tajuk kita, kali ni MT nak share MT nye moments wif La Familiaa. Baru2 ni, MT wif family besaq MT berFamilyDay di Tg Bidara Beach Resort, Melaka. Sebelum MT nak story pasal the Day, MT nak share dulu the chronology how we starting to plan this event. WOW!! Speaking bak ang.. (>__^)

The Chronology:

1) Booked the resort

Actually kan kami 6 bradik dah lama planning nak berfamily day & bergether-gether together ni sejak last year coz my kakak sulung, kak yong (UMMI) dah kembali semula ke tanah Melayu aka Malaysia after 5 years duk hinggap kat Qatar nun. Plan dari last year tapi dis year baru tercapai hasrat kami yang suci sesuci embun pagi. Ok berbalik pada how the booking was made (melalut je keje MT ni kan?). On 24 Aug 2018, after balik keje sambil MT bersembang dgn Atuk Daddy, jari jemari comel MT ni laju jek gi open Agoda APPS kat henfon tu. Tetiba Chalet at Tg Bidara Beach Resort tu ada plak kosong (before ni dah tgk tapi already full, even call resort pun dah full tht time for date yg smua dah setuju). MT pun dgn laju terus mintak persetujuan kat Atuk Daddy (Kuasa VETO) sape berani nak lawan kan.. ha ha ha & terus la booking 2 Chalet Garden View @ Tg Bidara Beach Resort, Melaka, Malaysia for date 3 Nov – 4 Nov 2018. TADAAAAA!! Ada discount 6% lagi. Then baru la MT inform lg 5 bradik + ipar duai pasal ni. Hahahaha Nampak tak betapa MT excitednye nak bergether gether ni sampai ketepikan dorang smua (kalo la depa smua ni tak stuju hahaha MT pi la sendiri ngn chentahati MT kan…) 

Kenapa MT suka booked dengan Agoda? 

- Senang. MT dah ada account. B
- boleh book dulu bayar kemudian (hat ni paling  best!!!)
- boleh review dulu. Kalo nak cancel pun boleh tapi 1 week before check in date.
- baru ni Agoda ada buat option for payment method. Boleh pilih untuk bayar di Resort/Hotel. So senang la bagi sesiapa yang tak nak guna auto debit tu. Ye la sometimes kita pon takut kan pape jadi either card lost ke ape ke. 
- compare dengan Trivago, kena bayar on the spot rite. So kalo tetiba plan cancel. Dah satu hal nak kena tunggu refund bagai. 

(p/s: MT bukan di bayar Agoda ye. MT tulis based on MT nye experience. Hihihii) 

  
Harga yg MT dapat thru Agoda. Kalau direct resort RM 400++/chalet (kalau Tak silap MT la coz adik MT Ada call jgk resort time tu)


2) Design the T-shirt

Hat ni crita dia camni plak. After dah inform kat family member, depa pun pakat excited lebeh sampai tercetusnya idea nak buat baju family day ni. MT selaku ahli majlis tertinggi (lantik sendiri) pun dengan pantas nye start la design baju ni. Yelah memang MT kan keje kat company buat t-shirt. Tak perlu la nak survey harga baju ke printing ke smua tu. Semua dah terpampang depan mata. So after berminggu jugak bertungkus lumus (konon) maka, terhasil la beberapa design.

Design 1
Design 2
Design 3



OUR FINAL FAMILY DAY SHIRT


Credit to: MT (as planner/designer xbertauliah), MR WAN Designer (designer kt ofis MT ni), MS PUSFAA (yg menjalankan production)


3) Activity

Actually tak de plan pape pun. Mula nya MT dah berpakat nak gerak awal pagi. Sebabnye kami dapat booking for 1 night only.. so singkat je la masa tu kan. Minggu tu kan raya Deepavali. Memang tak boleh la nak extend sampai berhari2. Huhuhuhu. Tetiba lg seminggu dua from the Day, UMMI inform ada kenduri kat Putrajaya, so depa nak pi sana dulu.. then terus plan nak gerak pagi tu turn 180o. baik pi isi perut penuh-penuh dulu baru gerak ke destinasi kan..jimat wet sket. Hahahha. So plan nye ke activity seterusnya la iaitu BBQ time. And menu nya adalahhhhhhh:

** AYAM PANGGANG perap by MEKCHA(dah confirm, kata BBQ kan)
** IKAN CARU/JAKET wif ayaq asam & kuah kicap MEKCHA (fav seisi keluarga)
** STEAMBOT ala2 Family Mart by MEKCHA
** RAMYEON TTEOPOKKI SPICY MELETOP KEBABOM by MEKCHA
** KOREAN SPICY CHICKEN & NUGGET by MEKCHA

(ok..kesimpulannya chef of the day & everyday is MEKCHA.. hahahaha)


To be continue.. bila MT senang la.. tunggu kan THE CHRONOLOGY OF HJ DIN’S FAMILY DAY @ TG BIDARA, MELAKA [Pt 2]

Selasa, 10 April 2018

JAGA-JAGA..


Hmm.. indeed.. 

Bila sesuatu perhubungan itu dimulai dengan kepura-puraan.. at last.. they will show their true colour.. 

So.....

BEWARE!!!

#dahbykkaliterkena

Selasa, 17 Februari 2015

Sudah jatuh ditimpa tangga.. Adooii!!

Assalamualaikum wbt my cyber frenz.. Eh eh..ada follower kah cheq ni?? Kihkihkih.. Lama naa cheq dak singgah laman nih.. Byk cita sbenaqnya nak cheq kongsi.. Tapi tak taw laaa masa cheq ni maaaannnjang pack.. Hahaha.. Kalau hubby dengaq ni.. Mesti dia ckp "ini semua poyooooo" kuikuikui mana dak nya.. Apa pon tak buat.. Dok layan kdrama ja dari pagi sampai malam.. Hahaha. Laa ni ini TV cheq yg punya..

Hangpa semua mesti heran kan?? Awat la cik kiah ni byk naa masa duk layan cita korea.. Haa ni yg na citaa ni..

Kes 1: sudah jatuh!!
Haha actually cheq ni under MC for 44days cik tipah oooii.. Tak tau la camna kan.. Dah naseb badan cam nangka.. Alkisahnya pada 22.01.15 bersamaan hari khamis.. Cheq jatuh bilik aiyaq.. Haha bantai eja suka ati cik kiah ja kan.. Panchoq nu.. & bila dah jatuh cam buah nangka tu.. Apa lagii kaki kiri cheq ni mmg sakit laa ngan nak mangket pon tak buleh.. Cheq pon jerit kejut encek somi.. Sakeett wooo.. Then encek somi pon angkat cheq bawak kuar.. (Juz imagine encek somi angkat tong gas laaa ek).. Huhu.. Skali tgk kaki tu trus bengkak  & cheq tak bleh nak jalan.. Jari kaki hat tgh lak dah tercabut kuku.. Walaweh sakit tu toksah nak habaq la..woo woo.. & encek somi test satu2 jari nak tgk tahap kecederaan.. Check punya check sekali jari ke2 tak bergerak & jari ketiga makin bengkak..cheq dah ketaq tahan sakit.. Encek somi releks ja pi amek myk gamat n tekap balik kuku yg tercabut tu.. Sebabnya kuku tu tak tercabut sepenuhnya..

Then cheq decide nak pi klinik la.. Bajet mmg tak leh pi keja tht day.. So col office inform cheq jatuh n truih la pi kilinik.. By the way tht time jari tgh cheq dah membiru.. Woo woo.. Sakkkeeeettt.. Jumpa ja doktor, doktor cakap "ni jari ni patah ni.. Kita xray dulu laa" errkk.. Hati ni dah debar2 dah.. 1st taim kot patah tulang ni.. Pas xray.. Tgk result dia.. Fuhhhh confirm patah.. Siap doktor tu inform tulang tu ada hancuq sket.. Maaaakkkk.. Abeh laaa.. Woowoo

Then  cheq kena g HUKM refer unit kecemasan.. Cam biasa laa bila berurusan ngan HUKM ni.. Berjam2 tu adalah nama kedua HUkM kan..mula2 tu MA kat depan tu habaq jari cheq ni depa akan tarik perbetul sket.. Cheq dah ketaq dah taim tu.. Cer bayangkan jari tu dah la tercabut kuku.. Patah lak tu.. Depa nak pi tarik lagi.. WHAAATTT!! Sakit ooo.. Tak tau nak bayangkan lagu mana..

Tunggu punya tunggu.. Nak masuk 3 jam gak laa.. Baru la turn cheq jumpa doktor.. Dapat enjet sedos tahan sakit.. Wuuiii baq hang.. Enjet tu lg sakit kut dr patah.. Woowoo..Then ni la hasil nya.. Taraaa...


Seb bek cheq dak kena simen.. Ikat ngn batang eskrem tu ja.. Fuhh.. Ni pon jenuh nak menjaga.. Sokay.. Berbalik pada tajuk.. Sudah jatuh ditimpa tangga.. Adoii!!

Kes 2: ditimpa 'tangga'
Haha.. Tajuk lawak naaarr.. Actually bukan la ditimpa tangga tu tapi lebeh kepada naseb tak menyebelahi cheq.. Dapat call dr HR (Ms Steph) inform cheq xley claim socso coz masa & tempat kejadian yang tak di cover.. (Amboih ayat lintang pukang pua chu kang dah).. Reason dia: 
1st- cheq jatuh kat dalam rumah.. Means belum pon kuar rumah nak pi keja.. Socso tak cover.. Huhu
2nd- cheq jatuh pada pukul 7pg & time keja start 9pg & jarak rumah dekat je.. Tak mungkin la cheq kuaq umah awai sgt kan?
3rd- tak buleh nak kowtim sbb dlm report doktor dah tulis time jatuh.. woowoo 
Then HR inform cheq buleh claim company nya PA ja.. Seb bek laa ada.. Harap cheq ni yg mmg takdak insurance apa pon sebab kurangnya kesedaran dalam bab insurans before ni & kurangnya kewanagan nak cover diri sendiri.. Just cover tuk anak ja kan.. Sobsob.. pasal company insured PA tu plak.. Cheq leh claim based on MC ja.. Xdak special claim for patah.. Tak tau la betoi dak sbb cheq mmg xtau apa2 pasal insurance.. 

Actually last week cheq ada masuk keja gak sebab sgt bosan duk umah.. Lemau da duk sensorang time siang.. Encek somi sebuk kat kedai. Byk order masuk.. Si anak lak duk ngan maklang & atok.. So sudah nya cheq pi keja.. Tapi seksa nya nak habaq mai.. Perhh mengadap nak naik tingkat 2 ngan keadaan kaki camni..tahan leh pi 3 hari ja.. Pastu cheq ghiau tak tahan sakit.. Then cheq decide & head cheq pon advice take tht MC until cheq betoi2 sembuh.. Huhu.. cheq ghiau gak la sbb keja cheq melambak kut xsettle & cheq rase bad feeling pasai MC lama sgt.. Boss cnfrm la tak bapa suka kan even terpaksa bg cuti..cheq rasa performance cheq selama ni dah tak cantek.. Woowoo..sgt tak suka jd lagu ni.. Sebab yang sadis nya.. Company just cover MC for 14 days per year ja.. Balance 30 days lagi tu cheq kena potong gaji laa.. Pisaaaang laa income tarak.. Woooooowoooooo
Tapi nak wat lagu mana.. Benda dah jadi.. Cheq pon kena pentingkan diri sendiri dolu.. Doktor dah suh rest betoi2 tuk tulang tu tumbuh cepat.. Terpaksa la.. Pas ni kena korek wet dlm tabung la.. Huhu.. Wet tabungan semakin berkurang ditarah.. Camno nak masuk umah baru (yg xbaru) nii.. Tak leh renovate seperti yg diidamkan ler jawabnye.. 

Kes 3: adooii!!
Kes ni hanya sekadar nafsu cemburu jaa.. Hehe.. Saja nak mengeluh kat laman ni..kut kut la ofismate terbaca sbb depa duk update kat wasap grup pasai itu angpow.. Huhuhuhu sedeh cheq tau pn effa.. Pn nor & pn deela.. Sokni cheq masuk keja mohon blanja dan mohon share2 naa wet angpow tu..

Citanya gini.. As usual.. Tiap kali CNY cheq nya boss mesti kasi angpow kan.. & tok sah habaq la cheq tau dah isi dia cmna.. Opss sori na kalo angpow kita tak sama.. So memandangkan cheq under MC for sure la cheq tak pi ofis & confirm la takdak angpow this year coz boss mmg akan bg before CNY only.. After mmg tarak la.. Woowoo mmg tarak rejeki la ini taun.. Sokay la.. Untuk memujuk hati yang sedang lara.. Bulan ni turn cheq dapat wet kutu.. Jadilaaa.. Neway itu la kisahnya.. 

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA..ADOOII!!

P/s: panjangkan entry ni.. Ahahahaha

Khamis, 18 September 2014

1st step..for 1st time..done!!

Alhamdulillah.. 

Berjaya menempuhi 1st step for the 1st time in my life.. Apetuh??

Hopefully semuanya dipermudahkan..

Thanks to all yang membantu..menyokong..

Next.. Waiting for 2nd step..berdebar debar..

Khamis, 4 September 2014

...HARI YANG GILAAAKKK...

Maaaagaaattt.. 

Busy nyak ari ni.. 

Dengan tender nya.. Dengan Redang lagik.. Bil-bil yang menimbun rimbun timbun.. Dengan report mepot tak siap lagiiii..

Pisang laaaaa...

Fuhfuhfuhfuh... Senaman ala2 ibu mengandung sat..

Next year cheq xmau incharge company trip lagi.. Mroyannnn cheq..



Person incharge tak pi pon.. Huhuhuhu..

Tatatititutu u ols.. Enjoy ur trip!!!! Jgn lupa bawak kepok lekor kat cheq naaa.. 

HOLLLLAAAAA!!! I'M BACK..

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

phewwwiiittt..lama sungguh noh cheq tak melebarkan kata-kata kat sini..

cheq windduuuu nak berbloging semula..

tapi apakan daya..masa cheq seharian sungguh padat dengan aktiviti-aktiviti yang berpekdah..

yakni keja..kejaa..kejaaaaaaa........dan kejaaaa..tidoq sat..makan banyak..kejaaaaa lagik....

sampai anak cheq pon dah pandai majuk skang nih..hambik hang..mama asyik kejaaa ja..anak pon dah tak bapa mau..huhuhu..cheq yang tacing macing ari-ari..

takpa-takpa..pasni cheq akan pastikan masa lunch cheq nanti cheq bagi sket masa kat blog nih keh..

masa malam cheq takleh laa nak amik sket sebabnya semua gajet-gajet cheq anak cheq dah rampas..

huhu..k naaa..cheq ngantuk dah ni..cheq tidoq lu..sok kejaaaa...dadadididudu...




Sabtu, 29 Disember 2012

Counting days!!!

Syukur Alhamdulillah..

Hampir berakhir tahun 2012..

dekat setahun gak hidup kami sekeluarga terumbang ambing..kehulu ke hilir..berpindah randah..merempat.. Gara-gara 'mereka' yg berhati 'mulia'..

Dr cheras-REMBAU-penang-cheras semula..

2012 jugak mengajar aku erti kesusahan..erti kehidupan..terlalu besar nya dugaan..cabaran..sentiasa dalam tangisan sehinggakan aku tak mampu untuk menitiskannya..

...NAMUN...

dalam kepahitan dugaan..masih ada kemanisan diberikan..syukur alhamdulillah..rezeki yang diberikan kpd ku..pekerjaan yang diharapkan..& cahaya mata yang menjadi penglipurlara hati..

Semoga segala dugaan mematangkan aku..amin~

Eiiii..tak sabar nak duk umah baru..gaji baru..hehehe...cepatla januari.. Hehehe.. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 23 Disember 2012

Percubaan kedua...

Yesssszaaa...

1st time berjaya..

2nd time: for credit test..haaha..lupa nak check..kne tolak credit ke idak ye..even da gune BIS..

#jakunjap...#
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ber'Blogging' guna blackberry..

Holllaaa..if dis post was successfully publish.. dats mean..I can blogging using my blackberry after dis..hehu..

#percubaanpertama#

##hoit..bkn fb la..choiii##

~mood:not stable at all.kekeke

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 22 Disember 2012

I'm too buzy..lately~


Assalamualaikum...

Lama sungguh diri ini menyepi..menyepikan diri dari ruangan blogging ni..
Terlalu banyak yang perlu diungkapkan..terlalu banyak yang perlu di luahkan..

Tapi..

Masa tidak mengizinkan...

Maybe later...

Khamis, 16 Februari 2012

I'm Back.... :)

Annyeong v(^____^)v...

Lama sungguh la tidak meng'update' kan ini blog sejak ada nya chenta hati saya yang baru..tak laen dan tak bukan... tadaaaa!!!!

<3 Muhammad Ammar Zikri aka dak bambam.. <3

alaa..baru nak update blog dak bambam dah bangun..huhu..chow dulu la.. :(

Annyonghi Gyeseyo (aka byebye )


Ahad, 23 Oktober 2011

APAKAH?? ADAKAH??

..!!!HADEH!!!..
..dua tiga menjak ni cheq sakit pinggang & perut tak cam selalu nih..

ADAKAH??
..tandanya cheq ni nak bersalin sudaa..
..tapi..
..cheq baru 34 minggu..
..atau adakah cheq salah makan..
..tadi..
..makan nasi lemak we & sat-sat ni makan nasi lauk ayam masak merah..

!!HADOILAAA!!

APAKAH??
..tanda-tanda nak bersalin..
(cheq search dari beberapa blog)
# Perut jadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran coz kepala BB dah turun ke dalam kawasan rangka tulang pelvis <-- cheq rasa perut cheq berat jek lagi nih..hehe
# Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis <-- erk..cam dah ade siket jek..
# Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama <-- camna nak tau rasa dia ek?
# Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka <-- hat ni belum lagi



p/s: semua cheq dah ready...tapi mental ni cheq tak tau la nak wat lagu mana..hadeh..


Khamis, 13 Oktober 2011

Pe'el baby ku sekitar 32 minggu..

Now my baby dah memasuki minggu yang ke 32 (leh dikatakan lebih kurang 8 bulan dah kalo kire based on 4 weeks per months). Tapi kalo mengikut perkiraan sebenar which is (32 weeks x 7 days /30 days = 7 months 14 days)..apa2 laa.. :)



Skrang ni my baby sangat la aktif..tak yah tunggu baring kat katil, dia dah menimbulkan diri nye..heehee.. kalo i g shopping baju and barang-barang dia kan, lagi la baby ni galak menonjolkan diri..haha..memang kaki shopping baby ni kot..ikut pangai ayah and mak tok dia..ops..and rite now baby banyak duk belah kanan.. before ni asyik duk belah kiri jek..sampai kadang-kadang tu perut senget ke kiri..ni senget ke kanan la plak..

TAPI..dalam dua hari ni.. my baby cam merajuk jek..tak mo gerak banyak or maybe dia penat kot coz mama dia ni asyik jenjalan kan..ye la mama jalan jauh kemarin (kalo u ols ingat lagi my entry 1st checkup @ HUKM) sampai nek riso la mama & ayah di buatnya..semalam, pukul 8 malam baru my baby cukupkan 10 gerakkan..tu pon terpaksa i goyang-goyang sket perut i ni baru dia nak gerak..kalo kul 9 my baby still tak gerak memang dah nekad nak pi spital jek..

Pagi ni pon camtu jugak..my baby still merajuk..jam dah kul 12 tgh hari dah..tapi satu gerakkan pon baby tak mula lagi..puas la i sembang ngan dia..skali tergerak hati nak tanya "baby mama ni merajuk ke ngan mama?" tup dia tendang sekali..nak tergelak gak la time tu.. then i try tanya lagi.."baby mama ni merajuk nape?mama buat salah apa?" tup dia tendang sampai dua kali..haha..i trus la col Mr Hubby gtau peel anak dia ni kan..skali Mr Hubby pon ckap..maybe baby we ols ni merajuk kot sebab kemarin ayah dia ni gatal-gatal sembang ngan baby kata nak cari nama lain tuk baby coz before ni nama yang i and Mr Hubby cari tu ada 3 nama and Mr Hubby decided nak cari yang 2 jek sebab nama dia pon dah 3 kan..Mohd Ezuan Haniff..so kalo baby pon nama 3 kang penuh lak ic tu..pastu baru we ols pasan yang baby tak mo aktif sejak malam tu.. emmm.. then i col la my sis yong tanya, she said ada kemungkinan jgk la kot..baby pandai merajuk sebab time ni kan baby dah leh dengar parents dia sembang..huuhuu..tak pe la baby...3 pon 3 la..cousin mu smua pon nama ada 3 kan.. :)

Sorry baby..ayah balik keje nanti mama suh ayah pujuk baby ek.. (>__^)y

p/s: before ni nama yang we ols decides starting wif M.A.Z.. emm..rasenye baby suke ngan nama tu sbb tu dia mrajuk bila ayah dia nak tukar nama len..haahaa.. :)


Rabu, 12 Oktober 2011

My Story: 1st checkup @ HUKM

Selasa ~ 11.10.11

Hmm agak nervous actually for my 1st checkup kat HUKM ni.. ye la kan..fobia bena nya nak masuk HUKM.. dah banyak history kat HUKM ni yang membuatkan aku kalo buleh tak mo masuk HUKM.. antaranya:
  • Pengalaman jaga arwah mak kat HUKM for 2 month bergilir-gilir ngan my sis (tahun 2001). Yang paling tak leh lupa time tukar shift malam-malam coz my sis balik keje lewat & we ols tukar shift sbb time tu aku skolah lagi..so kena balik gak la sbb nak g skolah..so cam biasa kalo kat spital & tgh2 mlm plak tu confirm la pasal cite2 seram an..cth nya: lift terbukak sendiri la..lampu lift cam lampu disco..rasenye xde pape kot tp naluri penakut ni tebal..so pikir la bukan-bukan..huuhuu..so sampai skarang kalo masuk HUKM jek g tingkat 6 mesti teringat kat arwah mak..sob sob~
  • Pengalaman menginap kat HUKM for 3 days -2 nite..ni smuanya gara-gara si penyamun kuang hajo la gi meragut beg aku sampai abes terkoyak ibu jari tangan kiri ku ni..tak pasal-pasal berjahit 9 jarum.. huhu..seb bek nurse ok2 blaka..tapi ape pon tetap xsuke dok spital..malam-malam nangis bila ayah, wan & my sis balik..sayu~
  • Pengalaman jaga my daddy sebulan lebeh gak la (tahun lepas bulan puasa)..my routine ari-ari teman my daddy tido kat ward  gilir-gilir ngan my sis' alang (kes curik2 masuk) sbb riso ngan keadaan daddy yang tak larat nak bangun & mmg dah janji before dia masuk spital, we ols takkan biar dia duk sorang2..so time ni seb bek la nurse-nurse and doktor memahami & my daddy plak dapat bilik single..so ade runag la tuk we ols membentangkan tilam.. cuma time daddy kena masuk ICU, we ols xdapat teman..huuu..pagi2 we ols menyeludup masuk..disebabkan byk kali dah kat HUKM ni so we ols ni dah agak expert la selok belok rahsia HUKM..Alhamdulillah daddy dah bertambah sihat..
Berbalik pada tajuk entry..my 1st checkup kat HUKM (ralit duk mengenang kisah silam..terlupa pada niat asal) haha..actually ni Mr Hubby la yang sebuk2 suh aku cita kat blog ni..sebab dia bengang ngan keadaan parking kat HUKM yang tersangat la sesak..we ols sampai kat HUKM dalam pukul 9.30 AM coz my appointment pukul 10AM & HUKM ni plak menggunakan sistem nombor yang akan diberi awal 15minit before time appointment..so we ols decide nak gi awal la sebab tak tau checkup tu amik masa brapa lama..before ni biasa checkup kat KK jek..yang ni memang dah tau time checkup akan lama kan.. so berbalik pada kes cari parking tadi.. setelah stengah jam Mr Hubby memusing2 mencari parking, still tak dapat..last skali kitorang kluar je la dari parking tu..seb bek la tak kena caj sebab kakak yang jaga kaunter parking tu memang tau dah tak ada parking.. yang menjadi permasalahannya, asal la dah tau xde parking tu, tak di block kan aje kt palang masuk tu..huuuuu~hampeh sungguh pihak management parking ni..

Then kitorang pon kuar trus dari HUKM (amek ko)..geram punya pasal & park keta kat parking stadium..seb bek ada kosong.. tapi yang bendulnya..asal la aku tak trun siap2 kat loby HUKM tu kan..gatal plak gi ngikut Mr Hubby cari parking..pada hal nak checkup nya aku.. dah tak pasal-pasal kena menapak jauh dari stadium ke HUKM..huhu..semput mak...dah la bawak perut pon xbrapa larat..huhu..time ni pon dah pukul 10.15 am.. dah lewat.. 

sampai jek kat kaunter, trus letak kad biru tu & gi bayar (we ols kna la bayar sbb aku xkeja, Mr Hubby plak keje swasta & xde cover pon kos bersalin).. tapi memang agak impress dat time coz we ols ingat kena la dalam RM 50++ ke..skali caj dia RM25..haha..siap scan lagi (teruja gila sbb 1st time katakan)..slalu kalo nak g scan + checkup kena caj dalam RM35~RM85 (kat klinik swasta)..then pas bayar tu kena g wat urine test + timbang berat + check tekanan darah.. time check tekanan darah tu, keadaan aku masih lagi tercungap2 coz berjalan jauh katakan..sampaikan mesin tu xdapat detect..nurse tu gelak jek kat aku bila aku gtau "saya jalan jauh tadi..sbb tu tercungap2"..huhu..then nurse suh aku g timbang & wat urine test dulu..pastu baru datang balik check tekanan darah..seb bek time ni aku dah cool..& tekanan pon ok..cantek.. 

Next step plak nurse suh g tunggu depan bilik 11 (bilik scan)..time ni agak blur sebab ada amoi tu suh aku masuk je, xyah tunggu nombor..aku yang dalam keadaan blur, trus masuk & tinggal Mr Hubby kat luar..patutnya kena tarik dia masuk skali..ye la..dia pon nak nengok gak bb dia..Mr Hubby plak jenis segan + malu-malu kucing, so dia tunggu je la kat luar.. Yang best nye, scan kat HUKM ni memang best coz kita xyah sebuk2 teleng kpala nak tgk bb dalam pewut coz dah ada screen kat atas ceiling tu..wah..kagum aii.. suke suke..tgk baby ok..kaki cam panjang jek..hehe..& doktor tu cakap my baby berat 2.1 kilo.. gulp..cam besa jek..baru 8 bulan..lama gak la Dr tu scan..sbb dorang btul2 nak amik details baby..slalu kalo g kat Dr Raha tu kejap jek dia scan..

Pas abes scan tu, dia suh tunggu kat depan bilik 5 (bilik ni yang aku dapat tuk checkup)..tunggu punya tunggu mau la dalam stengah jam gak..rasenye Doktor g bekfes kot..Mr Hubby sampai menguap 11 kali (siap kira).. pastu sampai la giliran aku..TAPI..doktor tu tak kasi Mr Hubby masuk coz dia kata bilik kecik jek..& satu bilik tu ade 2 patient & 2 Doktor..huhu.cian Mr Hubby..penat jek amik cuti for my 1st checkup @ HUKM ni..dah  la xdapat tgk time scan bb..sorry yang :( 

Time jumpe doktor tu, doktor perempuan, sweet jek orang nye..lupa nak tgk nama dia..haha..dia check smua la..and bb ok..kepala pon dah duk bawah..ye la aku kan dah 8 bulan..riso gak..& doktor tu revised aku nye result BSP last week..result OK!! tapi dia nak suh wat skali lagi BSP for next month..terima je la.. 

so next BSP adalah pada 1 November 2011 (our 2nd anniversary)..uhuk...xleh la makan sedap2 time tu nanti..

p/s: next appointment..aii gi sendiri je la..Mr Hubby xyah amik cuti ek..huhu..

Khamis, 6 Oktober 2011

BSP test again?!?!


HADOIIIIIIIII!!!!!

sakit tau kena cucuk ni..
lagi lagi la cucuk amik darah kat lengan..
tapi kalo nak dibandingkan injection tetanus dos ke2 semalam tu lagi la sakit..
huhu...nak angkat sbelah tangan pon tak terdaya..

Hari ni plak kena amik darah sampai 4 kali (normal prosedur for BSP Test)
huhu..kalo kat Klinik Kesihatan, juz cucuk kat hujung jari jek..
tapi kat HUKM ni len plak..
abes dicucuk nya kat lengan..ni baru 2 kali amik darah..
petang ni sekali lagi (kul 5PM) & malam plak for the last sample (kul 10PM)
hukhukhuk..berlubang2 la lengan aii..

harap-harapnya result kali ni OK!!
last month, Doktor Jalal kat Klinik Kesihatan BTR kata dah tak yah wat BSP
ingatkan dah lega laa..sekali prosedur HUKM, kena wat semula coz 1st time BSP cam buruk jek result tu..
dorang tak puas ati kat aku kot..even BSP ke2 cantek..huhuhu..
tak pe la..nak wat cane an..gatal lagik nak bersalin kat HUKM..
kalo kat GH mesti tak yah wat BSP dah...  :(

p/s: ni kali ketiga kena buat test BSP ni~

Jumaat, 30 September 2011

ni dia..checklist tuk barang baby~tersangatlaa detail ok.. :)


aku dapat checklist ni dari beberapa blog yang aku slalu terjah sejak dua menjak  ni..heee..punyala banyak barang2 nye kan..tapi tak semestinya nak kena beli smua kan..ni just for checklist aje.. rase-rase kalo banyak sangat duit tu tak tau nak letak mane cam atok daddy, leh la beli smua ni..keke.. atok daddy oo atok daddy.dalam poket tu beriban2..tak mo huluq sket ka tuk cucu ni?? lalala... 

Lets check barang2 baby yang dah ade & yang belum ade..actually aku tak g shopping pon lagi barang2 baby..sebab baju2 yang kak ngah kasi (baju haikal & harith) pon da banyak..so next week baru nak g tambah pape yang patut..ye la..banyak cane pon dah ade, tapi for my 1st baby ni mestila kena beli gak tuk dia kan.  so sempat lagi nak g shopping ni..ade 9 minggu ++ lagi kan.. emmm.. mak lang chacha pon dah ajak g shopping barang baby sok.. maklum la mak lang ngah masyuk skrg ni.. best jadi baby kan.. :)


** ops..terlupa lak nak mention kakakku yg tersayang..hehe.. emm tenkiu to mak long aka ummi coz kasi vouchar parkson to mama tuk shopping barang2 bb..heee..toche..grasias..kumapsumida ahjuma nae.. heee..next week nak pi shopping kat parkson..nnti aii update entry special edition to mak long ek.. :p

List For :
Baby
1- Baju/Seluar - Pendek  (dah ada banyak sangat..melimpah ruah sudaa..cam nak dapat anak kembar 10..hehe..orang kasi..mama amik aje..lagi pun baju elok2 blaka..tapi xpe..mama nak beli gak tuk baby mama ni)
2- Baju/Seluar -Panjang  (ni pon daa banyak gak)
3- Romper  (dah ada 5 helai..mama nak beli lagi dalam 4 helai...aritu mama dah tgk kat GM..banyak murah oo..4 set = RM29.90)
4- Sarung Tangan & Sarung Kaki - (dah ade 10 pasang)
5- Baby Bip (erk..baby kena pakai ke? lom leh makan lagi..tapi xpe..dah ada 3 helai)
6- Sapu Tangan (emm ni tak beli lagi) hehe..dah beli daa..baru ade 2 helai jek
7- Barut (daa ade 16 helai..tambah lagi tok salmah tempahkan baru tuk baby 9 helai = 25 helai..mak ai..lagi 5 ckup pkai sbulan)
8- Topi (ade 5)

Diapering
1 Napkin 1 pek (done. 12 pieces)
2 Lampin Pakai Buang 2 pek (emm ni xbeli lagi..nak beli Drypers..ok la kot) dah beli daaa..2 pek..ckup kot smentara ni..
3 Diaper Wipes 2 pek (not done yet) ni pun dah beli daaa..ade sale kat baby kiko..mama borong laa..
4 Safety Pin (ni daa ade banyak kat umah..tapi bukan yg cumil2 nye la...) haha..mama beli gak yg cumil2.. lalala
5 Changing Mat (xde lagi..nak kena beli) ni mak lang belikan..mekacih..cumil sgt..
6 Nappy Liner (ape ni?) credit to Mak long aka Ummi..mama dah beli n tau dah ape benda tu..
7 Berus Lampin (perlu ke? basuh mesin je kot)
8 Baldi Untuk Napkin pakai jela baldi sedia ada 
9 Beg Untuk Diapers (beg mama dah banyak kot..xperlu la)
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi (emm..nak cari kat ne? guna dettol xleh ke?) yg ni mama beli A-B-D Pureen nye..ok kot..

Baby Care & Grooming
1 Bedak Bayi (not yet..xtau nak beli jenama ape..any suggestion?) DONE!!
2 Losyen Bayi (not yet..xtau nak beli jenama ape..any suggestion?) DONE!!
3 Minyak Bayi (Baby Oil) (not yet..xtau nak beli jenama ape..any suggestion?) DONE!!
4 Tisu (tisu gulung2 tu ke?) DONE!!
5 Sikat beli sikat berus je ok kan?
6 Putik Kapas (Cotton Bud) (not yet) DONE!!
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper) (not yet) DONE!!
8 Nasal Aspirator (untuk selsema) kat mana mau cari? DONE!!
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital) emm guna spital nye je la..
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi) huh??pekejadah nye ni? 
11 Termometer (dah ada)
12 Vicks (dah ada)
13 Minyak Telon (nak beli minyak yuyi..xleh beli awal2..nanti mama yg pkai..heee..bau sedap)
14 Syringe for Medicine (dah ada..bukan slalu klinik kasi ke?)
15 Cotton Balls (not yet..ni tuk ape?) DONE!! <-- tuk cuci tali pusat baby kan...

Nursering
1 Selimut (dah ada 4)
2 Bedding set (done! wat sendiri lagi..klas ko jah..siap jahit sarung cadar & bantal lg..hebat kan..xde keje punye pasal)
3 Play Pen / Katil Bayi (dah ada <-- mak ngah kasi)
4 Mainan untuk Play Pen / Katil (xde lagi..nak g cari la ni) aritu tgk kat Mid Valley..geramnye..cumil2.. nnti la mama beli tuk bb ek..yg boleh kuar music..lalala
5 Kelambu (ni pon xde lagi..) DONE!!
6 Bakul Baju Kotor (xyah la..bakul belambak kt umah..xbek bazir)
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear) baby gear tu pebenda?
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care) (dah ade)

Feeding
1 Botol saiz S 2 (coming soon..) DONE!!
2 Puting Botol Susu 2 (coming soon..) DONE!!
3 Bottle Sterilizer emm sterilizer secara manual je la..
4 Berus Pembersih Botol (coming soon..) DONE!!
5 Penyepit Botol (huh? tuk ape?)
6 Sterilising Tablet kalo sterilize manual perlu ke?
7 Nipple Cream (coming soon..) DONE!!
8 Nursing Pad Washable 2 
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump pam sendiri je la..bukan nak g mane pon..xkeje lg
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra (dah ade..)
13 Termos (coming soon..)

Travel
1 Beg Bayi (coming soon..)
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier (coming soon..)

Bathing
1 Tuala (coming soon..) DONE!!
2 Besen Mandi (dah ade..)
3 Syampu (coming soon..) DONE!!
4 Sabun Mandi (coming soon..) DONE!!
5 Span 
6 Gayung (dah ade..)

Extra (SEMUA XDE LAGI...huuu)
1 Penyangkut Baju Berklip DONE!!
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki) DONE!!
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

p/s: alhamdulillah. at least brg2 utk emergency dah ada 

Isnin, 26 September 2011

my baby ~ 30 weeks

**wink wink**

30 minggu sudaa my bb ade dalam pewut yg bulat ni..tak lama je lagi bb nak kuar kan.. Skarang pon bb dah gerak aktif especially time mama dia nak tido.. Waduh waduh..dah brapa ari dah aku tak leh tido malam.. Hehe.. Seb bek la xkeje lagi kan..so siang nye leh la tido puas2.. My bb pon ikut pangai mama dia jgk kot..siang kurang jek gerak..kdg2 riso gak sbb time nak catit pergerakkan bb kan start dr kul 9 pg.. Bb ni plak cam tau2 jek kul 8.59 pg tu dia stop gerak2..agak nye tido kot..so mama dia ape lagi..guling2 la atas katil tu stgh jam skali punya la nak kasi bb gerak.,kdg2 nak tergelak pon ade la ngan krenah si kecik kt dlm pewut ni..tak saba nak tggu bb mama ni kuar..''bb syg..cpt2 kuar eh..mama & ayah tggu bb kuar ni'' hehe..

** emm kalo history belah arwah mak & k ngah nye history, dalam 34 minggu bb dah kuar..agak nye aku cmtu gak ke ek? Ke xde kaitan?**

Testing

Salam..

Saje2 nak test berblog guna henset..

Hehe..