Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 10 Februari 2019

Chicken Mushroom BrownRice Simple in rice cooker by MamaToi

Holaa.. mamatoi kembali.. Kali ni mamatoi nak share resepi yang baru jaa buat sat ni tak lain tak bukan like tajuk kat atas nun "Chicken Mushroom BrowRice in rice cooker" yumm yumm.. bagi hangpa yang gemaq nasi claypot mesti tau kan.. hokay memandangkan Mamatoi xdak claypot so kita masak guna rice cooker la naa.. rugi beli memahai kalau tak gunapakai.. 😋


Since 4 minggu lelas mamatoi start amalkan eatclean kan.  so kita guna brown rice la ye.  tuk takmau kasi penimbang tu bekerja lebih. 

hokay jom kita pi tgk bahan2 dia. 

Bahan-bahan (perap ayam):

*fillet ayam 6-7 keping dipotong dadu
* sos tiram 2 sudu besaq
* kicap manis jalen 1 sudu besaq 
(mamatoi kurangkan sebab eatclean kan tak bleh guna perasa sgt) 
* halia 3-4 cm disagat
* gaul kan semua bahan dan perap dalam 30 min. lagi lama lagi sedap.  holiau. 

Bahan-bahan lain:

* cendawan shitake (7-8 biji) ikut suka ekceli
* halia 5cm dihiris

bahan2nya.  pak choy tu as penambah jek 

Cara-cara memasak:

* basuh brown rice and masak cam biasa. sukatan air pon macam biasa. 

beras dibasuh mcm biasa

sukat dan masak cam biasa

* biarkan nasi masak dalam 15 min tu, periksa rice cooker. sekiranya air dah hampir kering, boleh la masukkan ayam yang diperap dan cendawan ke atas nasi. dan biarkan nasi sambung masak seperti biasa.
(kalau rice cooker mamatoi ni, lagi 15 min nak masak alarm periuk akan berbunyi. so senang nak tau timing dia. hihi)

selepas ayam dan shitake dimasukkan

* bila nasi dah masak, gaulkan semua nasi, ayam dan shitake supaya sebati dan biarkan rice cooker dalam mode "HEAT" utk make sure ayam betul2 masak. 

siap!! Chicken Mushroom Brown Rice by Mamatoi


tadaaa..ni hasil selepas mamatoi g kuis2 mushroom & ayam tu.  sbb paa.  nak tau sukatan nasi tu jaa.  😂😂.. Selamat Mencuba.