Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 5 Mac 2010

B.E.W.A.R.E.!!!


Enam produk kosmetik disahkan mengandungi racun!!!

KUALA LUMPUR 4 Mac - Enam produk kosmetik disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan selepas disahkan mengandungi racun berjadual. Produk tersebut adalah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream, Chantique Whitening Night Cream dan NV Toner Treatment No. 1 serta No. 2. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Eisah A. Rahman berkata notifikasi produk berkenaan telah dibatalkan berikutan mengandungi racun berjadual sama ada tretinoin atau hydoroquinone atau kedua-duanya sekali. "Penggunaan bahan tersebut tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna jika digunakan tanpa nasihat doktor," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. Menurutnya, tretinoin boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, mengelupas dan terlalu sensitif kepada cahaya matahari manakala hydoroquinone pula boleh menyebabkan proses dipigmentasi. "Proses dipigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. "Dipigmentasi berlebihan sangat berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," jelasnya. Orang ramai dinasihatkan agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tersebut serta-merta. Katanya, mereka yang memiliki produk berkenaan adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan kedua.

p/s : huhu..bahaya nye...jgn la men pakai jek produk2 kecantikkan ni..check 1st the raw material of tht product k...

1 ulasan: